Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 15, 2009

His Convocation Day * 2007

Ni gambar lame saje nak upload..godak2 pc tadik jumper lak gambar zaman dolu2..Gambar time Awish Sayang convo..time kurus ke?hehe..


:P


:)

Pick n Brew

Minggu lepas berbuka puase di Pick n Brew plak, dkt Glenmarie kot..yg ni xmcm Antan Batura..mmg best giler babs..makanannyer sodap2, environmentnyer..apa lagi cekik lerr..
xsempat amik gambo makanan sbb over excited makan..pics ni sumer diamik after perut kenyang sbb tu xder gambo makanan..hehehe


welcomebing


:)


Sodap..jemputla dtg hehe..


:P


Perut dah kenyang masing2 pose prasan model lak hakhak
Ijan jd cameraman yg xbrape nak professional
hehe..

Saturday, September 5, 2009

Antan Batura

Citer ni dah nak basi sbb dh 2 minggu kot hari kejadiannyer, tapi xkira nak post gak kuikui.. 2 minggu lepas, kami seopis berbuka puase bersama-sama di Antan Batura. Kat maner? kat depan bangunan SIRIM Shah Alam. Emm..makanannyer boleh tahan la, nak kate sedap tu xla sedap sgt, nak kate xsedap pun xderla xsedap sgt..so so jela..tapi ok la ngan harganyer RM25.50 sorang utk bufet Ramadhan..Ekceli majlis berbuka puase ktorg ni diorganize oleh Ika, practical student kat opis ktorg..selain drpd mencekik, ader gak lucky draw n ktorg juga dpt goodies yg disponsor oleh c Ika ni...Enjoy the pics..


Sempat pose kat tangga spiral sblm bertolak
:P


2nd place lucky draw


Lucky draw winner
1st - Zaley
2nd - Zura
3rd - Miza


Kami..

Thursday, August 27, 2009

Rinduw Masakan Ma..

Huhu..arini dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa..
1st day puasa berbuka di Sogo ngan Awish kuw sayang..
2nd day berbuka di Shah Alam ngan Awish kuw sayang lagik..
3rd day berbuka di ofis ngan Nurul, sbb mls nak blik berbuka kat umah..
masuk smlm, dah 5 hari berbuka di luar..keadaan ni membuatkankuw rinduw yang teramat sgt dgn masakan ibukuw...
Ma kuw sayang..huhu xsabor nak balik Kuantan..
dah siap2 gtau menu lagik kat ma nak makan aper hehe..
nak makan solok lada ma yg sedap, kari ketam, ayam & ikan percik, ikan jeruk goreng bersalut telur diperah asam limau (resepi special ma kuw), sira & pengat pisang nangka, (my feveret, ma xkan luper buat utk kuw tiap2 tahun di bulan Ramadhan)..nyum nyum..
uwaa....rinduwnyer...xsabor nak balik..
huhuhu...

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa..

Salam semua..
Selamat Menyambut ketibaan Ramadhan al- Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Semoga Ketibaan Bulan yang Mulia ini memberi seribu satu Rahmat dan Keberkatan kepada kita semua dan seluruh umat Islam
Amin..


Friday, August 21, 2009

Kakikuw Disengat Obor-obor

Huhu..ntah time bile ntah kat Pangkor aritu kakikuw kene sengat ngan encik obor-obor. Rase mcm time snorkeling jek sbb time tu agak sawan ngan batu. Takut tenggelam punyer pasal, so asyik berpaut kat batu jela. Org ckp encik obor-obor tu suker melepak kat batu. Apela obor-obor tu ingat diriku ni Spongebob ke nak main2 ngan dier..yg peliknyer dlm 8 org aritu apesal la obor-obor tu berkenan nak sengatkuw kan? May b btl kot org ckp 'darah manis' kuikui..Ni kalu xelok gak sblm kawin ni masak dibuatnyer..jgn tinggalkan parut suda..huhu..Sakit 2 xla sakit sgt tapi agak sakit jugak la..ckp pun dah cma keling da..yg surenyer gatal giler bab nyer la..Ari Selasa lps dah pegi klinik ngan Awish kuw syg, dah taruk2 ubat..alhamdulillah arini dah menampakkan tanda2 nak baik dah sket2..mm..kenangan dari Pulau Pangkor..kenangan ke penangan hehehe..
:P


Agaknyer cam ni ke rupenyer encik obor-obor tu ye?
kat bawah ni ader sedikit info utk dishare bersama
'sharing is caring'..

Bahaya Obor-obor Beracun

Prof. Madya Mohamed Isa Abdul Majid
Pusat Racun Negara

SENGATAN obor-obor berupaya mengakibatkan kematian pada mangsanya seperti yang terjadi di Pulau Langkawi yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.

Namun demikian tidak semua obor-obor laut mempunyai sengatan berbisa dan mengakibatkan kematian.

Ada obor-obor di perairan Sarawak yang tidak berbisa seperti obor-obor jenis putih yang dijadikan sebagai makanan.

Obor Bisa

Jenis obor-obor laut yang diketahui berbisa terbahagi kepada lima jenis iaitu Chironex fleckeri, Chiropsalmus buitendijki, Chiropsalmus quadrihatus, Chrysaora quinquecirrha dan spesis Physalia, Chironex fleckeri.

Biasanya ia didapati di sekitar perairan Australia manakala yang selainnya boleh didapati di perairan tempatan.

Bagi semua obor-obor, sengatan bisa dilakukan melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'.

Sesungut ini apabila tersentuh oleh mangsa akan melepaskan racun daripada nematosit tadi dan boleh menyakitkan atau melumpuhkan mangsa seketika pada tempat sengatan.

Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.

Cara-cara mengelakkan sengatan obor-obor

Sengatan obor-obor sering kali berlaku dalam keadaan berikut :

  1. Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
  2. Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
  3. Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
  4. Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.

Misalnya bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun.

Oleh itu berhati-hatilah jika terpaksa ke laut semasa keadaan di atas.

Kecemasan

Langkah-langkah bantuan kecemasan yang boleh dilakukan dalam kes sengatan obor-obor.

Sekiranya sengatan telah berlaku, langkah-langkah bantuan kecemasan pada tempat kejadian telah dilaporkan dapat mengurangkan risiko kematian mangsa sengatan.

Bahan rawatan

Banyak bahan telah dilaoprkan boleh digunakan dalam merawat bisa obor-obor laut ini.

Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.

Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan.

Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-

  1. Basuh kawasan sengatan dengan air laut.
  2. Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan perkakas bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan untuk membuang sesungut tersebut.
  3. Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit.
  4. Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.
  5. Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit.
  6. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera