Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Showing posts with label Iktibar. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

What the Hel...

Dipaksa minum jus stoking

KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.

Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.

Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.

Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.

"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah

"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya

Petikan Kosmo, 1st Jun 2010, Tuesday

--> aku mungkin boleh terima kalu 'regging' biase beb, but jus stoking? this is really tooo..much..come on lah..dunia dah maju & zaman dah moden..still ader ker benda2 camni?
ntahlah xtaula sejauh maner kebenarannyer..

Friday, July 17, 2009

Hati-hati di Pasar Malam Jalan TAR KL

Ni peringatan kpd semua kaum wanita
kalau pg pasar mlm kat jalan TAR ni kene sgt2lah berhati-hati
sbb terjadi kes kat my opismate, Nurul @ Rul
kesian sgt kat die
handbagnyer kene toreh
bayangkanlah kat tgh2 crowded org kt pasar malam 2,
sempat lagi c durjana 2 toreh handbag c Nurul ni
dah 2 siap plak toreh kat tmpt di mana tersimpanyer purse Nurul
kitaorg suspek melaun 2 guna pukau
sbb Dayah yg sentiasa berkepit diblkg Nurul pun xsedar
g repot polis, rupenyner byk kes yg sama & dgn cara yg sm kat situ
polis 2 siap ckp lg mmg kat situ fav spot c penjahat 2
pasar malam & bazar ramadhan
suspeknyer pompuan bertudung labuh &
bekerjasama ngan sorang lelaki
dorg da penah kene tgkp tp tpksa dilepaskan sbb xder bukti
takutnyerla kan
lepas ni kene hati2, sygnyer
sbb 2 one of my favorite place
slalu g situ ngan Awishkuw
so, carefull la ye..
da...

Align Center
Sempat agi bergambo kreatif smtra tgu Nurul setlekan
tukar ATM & credit card barunyer
hehehe..
gambo kreatif ker?
tnyer la empunyer kaki
kuikuikui
:) ;P