Tuesday, September 15, 2009
His Convocation Day * 2007
Pick n Brew
Saturday, September 5, 2009
Antan Batura
:P

2nd place lucky draw

Lucky draw winner
1st - Zaley
2nd - Zura
3rd - Miza
Thursday, August 27, 2009
Rinduw Masakan Ma..
1st day puasa berbuka di Sogo ngan Awish kuw sayang..
2nd day berbuka di Shah Alam ngan Awish kuw sayang lagik..
3rd day berbuka di ofis ngan Nurul, sbb mls nak blik berbuka kat umah..
masuk smlm, dah 5 hari berbuka di luar..keadaan ni membuatkankuw rinduw yang teramat sgt dgn masakan ibukuw...
Ma kuw sayang..huhu xsabor nak balik Kuantan..
dah siap2 gtau menu lagik kat ma nak makan aper hehe..
nak makan solok lada ma yg sedap, kari ketam, ayam & ikan percik, ikan jeruk goreng bersalut telur diperah asam limau (resepi special ma kuw), sira & pengat pisang nangka, (my feveret, ma xkan luper buat utk kuw tiap2 tahun di bulan Ramadhan)..nyum nyum..
uwaa....rinduwnyer...xsabor nak balik..
huhuhu...
Monday, August 24, 2009
Friday, August 21, 2009
Kakikuw Disengat Obor-obor
:P

Agaknyer cam ni ke rupenyer encik obor-obor tu ye?
kat bawah ni ader sedikit info utk dishare bersama
'sharing is caring'..
Bahaya Obor-obor Beracun
Prof. Madya Mohamed Isa Abdul Majid
Pusat Racun Negara
SENGATAN obor-obor berupaya mengakibatkan kematian pada mangsanya seperti yang terjadi di Pulau Langkawi yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.
Namun demikian tidak semua obor-obor laut mempunyai sengatan berbisa dan mengakibatkan kematian.
Ada obor-obor di perairan Sarawak yang tidak berbisa seperti obor-obor jenis putih yang dijadikan sebagai makanan.
Obor Bisa
Jenis obor-obor laut yang diketahui berbisa terbahagi kepada lima jenis iaitu Chironex fleckeri, Chiropsalmus buitendijki, Chiropsalmus quadrihatus, Chrysaora quinquecirrha dan spesis Physalia, Chironex fleckeri.
Biasanya ia didapati di sekitar perairan Australia manakala yang selainnya boleh didapati di perairan tempatan.
Bagi semua obor-obor, sengatan bisa dilakukan melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'.
Sesungut ini apabila tersentuh oleh mangsa akan melepaskan racun daripada nematosit tadi dan boleh menyakitkan atau melumpuhkan mangsa seketika pada tempat sengatan.
Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.
Cara-cara mengelakkan sengatan obor-obor
Sengatan obor-obor sering kali berlaku dalam keadaan berikut :
- Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
- Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
- Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
- Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.
Misalnya bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun.
Oleh itu berhati-hatilah jika terpaksa ke laut semasa keadaan di atas.
Kecemasan
Langkah-langkah bantuan kecemasan yang boleh dilakukan dalam kes sengatan obor-obor.
Sekiranya sengatan telah berlaku, langkah-langkah bantuan kecemasan pada tempat kejadian telah dilaporkan dapat mengurangkan risiko kematian mangsa sengatan.
Bahan rawatan
Banyak bahan telah dilaoprkan boleh digunakan dalam merawat bisa obor-obor laut ini.
Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.
Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan.
Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-
- Basuh kawasan sengatan dengan air laut.
- Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan perkakas bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan untuk membuang sesungut tersebut.
- Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit.
- Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.
- Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit.
- Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera





